October 31, 2011

Kami bakal diami rumah baru @ Semenyih

Salam uols, rase best je tajuk kali neh.. Cuti deepavali lepas kami p siasat n intai rumah kami @ Semenyih.. jauh dari kota metro Kolumpo ye uols.. bukan i tak suke Kolumpo.. cume jemu dah tgk kete bertali arus, sesak sokmo KL tuh.. tapi.. ada tapi pulak.. i dh lame x derat Kolumpo.. rindu SOGO dan tak lupe Jalan TAR.. alahai.. bdk2 opis ade gak ngajak pegi KL naik ERL.. i pulak yg tak leh join coz INAS masih DF.. tak nak ASI gune botol.. jenuh i.. tp takpe.. i tetap tabah susui INAS sampai 2 thn.. insya Allah..

Berbalik cerita untuk deco umah baru.. seronoknye rase nk loncat2 capai bintang kalu boleh.. ruang tamu may be takde perabut dulu... hampar tikar buluh 2 keping... tv bapak besar kt umh sewa skrang maybe kan bertukar jd leper... mcm byk duit je nk tukar2 bagai... hahaha... utk makluman grill suda tempah.. RM 2500.. mahal ke?? ok kot dari 6k yg ade kawan kpd kawan MIA offer... sgt cekik leher... porch? blm nk ubah suai lg.. ongkos pn kene intai jugak nk reno bagai2 neh.. meja makan? jom layan mate jap..

aik??? tetibe i publish gambo neh.. maknenye??



ruang dapur amat terhad.. so gambo neh kire idaman utk dry kitchen i la... hehehe... macam dapat je kan?.. tp takpe... tepek je dlu gambo kt cni.. mane tau kot2 ade mate yg tengok nti tetibe bak i p jenguk dapur umah baru betul2 deign gni tak ke i loncat2 guling2... hihihi..

ok beb... i nk g lunch dlu... nti cont story lg... daa

Fakta Menarik - CARA MUDAH MENCARI M/S DALAM QURAN

Salam,

Sesuatu yg baik utk dikongsi bersama kita tinggalkan dulu bak makanan perut dan kita lihat makanan Roh ini Subhanallah...

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya dan berkongsi dengan rahsia Allah ni.

Fakta Menarik - HATI TIDAK BAHAGIA

9 sebab hati tidak bahagia

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq.

Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.


9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi... ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari su dut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila su dah dapat su sah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan su paya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Siapakah org yg KEDEKUT?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang e-mail ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain

Fakta Menarik - RAHSIA RUKUN SOLAT

Assalamua'laikum wr wb......... .

Wudhu'..

Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri.. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu..
· Untuk menghilangkan stress, Cu
kup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
· Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i..e. selang satu hari.. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.

Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempatkita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangikita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kitadidalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakanoleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.

Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Wassalam.

Fakta Menarik - MINUM AIR KETIKA PERUT KOSONG

MINUM AIR KETIKA PERUT KOSONG

Ia adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan di bawah penerangan penggunaan air untuk para pembaca kami. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% untuk penyakit berikut:

Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan yang berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

CARA :

1. Seperti yang anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air

2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit

3 .. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam

5. Orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat hingga 4 gelas sehari.

6. Kaedah rawatan di atas akan menyembuhkan penyakit yang sakit dan lain-lain boleh menikmati kehidupan yang sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)

2. Gastrik (10 hari)

3. Diabetes (30 hari)

4. Sembelit (10 hari)

5. Kanser (180 hari)

6. TB (90 hari)

7. Pesakit artritis perlu mengikut rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 - harian ..

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita terus ini dan menjadikan prosedur ini kerana kerja-kerja rutin dalam kehidupan kita. Meminum pula dari air dan Kekal sihat dan aktif.

Ini menjadikan rasa .. Cina dan Jepun minum teh panas dengan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Tiada apa-apa jua kehilangan, segala-galanya untuk mendapat ...

Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat terpakai kepada anda.

Ia adalah bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan menguatkan bahan berminyak yang anda baru sahaja dimakan. Ia akan melambatkan pencernaan.

Setelah ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine.

Tidak lama lagi, ini akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser.Cara terbaik adalah untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius mengenai serangan jantung:

. Wanita perlu tahu bahawa tidak setiap gejala serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,

· Pengidap menyedari kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.

Anda mungkin tidak pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.

Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.

60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.

. Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, berhati-hati dan sedar.Lebih banyak kita tahu, peluang yang lebih baik kita boleh hidup ...

Pakar kardiologi A berkata, jika semua orang yang mendapat Email ini menghantar kepada semua orang yang mereka tahu, anda boleh yakin bahawa kami akan menyimpan sekurang-kurangnya satu nyawa.

Sila menjadi teman yang benar dan menghantar artikel ini kepada semua kawan-kawan anda anda mengambil berat tentang.

Fakta Menarik - HIDUNG

Fakta Menarik Mengenai Hidung

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan menghembus nafas?


Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya;

sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan

sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.



Anda merasa lelah, lakukan timbal-balik.

Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali.Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga senang sekali untuk panas, Lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin..



Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin.

Lelaki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.



Apakah anda ada memperhatikan ketika bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?

Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah.

Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Saya biasanya merasakan sakit kepala, dan rasanya seperti ditusuk-tusuk. Kemudian saya berubat dengan doktor dan beliau mengatakan ,"Anda akan sembuh jika berumah tangga!" Doktor itu tidak bercakap kosong.

Apa yang dia sampaikan disertakan dengan teori dan bukti.

Pada waktu itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya makan ubat, tetapi tidak dapat sembuh..

Pada suatu malam. saya duduk bersemedi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri..

Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.Ini adalah yang saya alami sendiri. Saya beritahukan kepada orang lain, jika sakit kepala, boleh mencuba cara tersebut, sebab sangat efektif buat saya. Ramai orang pun telah mencuba dan berhasil. Ini adalah terapi alami, tidak seperti memakan ubat dalam jangka panjang akan ada efek sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya? Selalulah mecuba terapi perrnafasan ini, tubuh anda akan merasa sangat tenang sekali.

-google-

October 28, 2011

Kene Hempuk... Hambik Kaw!!

Tersepuk i smlm bila mane tak semene-mene kene tempik dalam kereta balik keje smlm... Alkisahnye... Kesian i.. Tp takpe coz dah sll kene hempuk macam tuh... Maybe care i ckp n mimik muke tuh macam kasar tp i mmg begitu... Then x puas ati i beta lg dan lg... Lastly air mata berguguran jugak... Emosinye i.. Dalam kereta jugak menitis air mata itu... Syahdunye..........................

Mungkin ade baiknye i bersuara bile perlu shj kan?... Susah tuh nk buang sifat-sifat -ve yang dah bermaharajalela dalam diri... Biarlah i mengalah... So i ape lg starting la berangan dan berangan sume yang indah-indah belake... 1 tak terkecuali... Layan uols... Nak kene share jugak erk ape yang i angankan neh?? Tak payah lah... Malu plak bersarang di hati... Kuang Kuang... sila muntah!

p/s : berbuku i sape pun tak tahu... Tak perlu bising-bising.. Tak perlu semak-semak kepala... Biarlah yang berbuku itu bertukar jadi Sabun Buku Fruitale...

October 27, 2011

atleast 1...

Salam bloggers.. I masih baru... Baru dalam dunia esei a.k.a main taip-taip ni.. Permulaan khas untuk kawan-kawan yang kenal dan yang akan berkenal-kenalan... Salam silaturahim semua..

Kenapa blog? Dah takde medium lain ke nak story mory neh? Sebab dunia semakin canggih dan anggun... Tiada kawan? Ramai... Kita paham skang memang semua orang ada life agenda sendiri... Kalau ada masa boleh la jenguk blog kawan-kawan... Betul tak? Masa untuk diri sendiri pun terhad... Camne la nak bagi pinjam telinga untuk dengar citer seorang yang lain kan?... Ni lah medium yang berbaekk buat masa ni... Sila jangan meluat baca story i k... ;p

Sape pulok la i neh?? My nickname is Fazryane.. Y Fazryane?? Fazryane means.... Hehehe belum nak share lagi... Jangan marah yer... Nanti-nanti la kalau terniat nak share nanti i story mory...

Page ni i create untuk share info apa-apa sahaja... Dunia single, perkahwinan, preggy momen, ragam anak, ragam suami isteri dll yang harus dikongsi bersama uols... Kalau sudi nak follow silalah follow... Kalau nak hinggap singgah sekajp-kejap pun boleh... Just Add to Favorites (Alt +Z) kt ipad uols k... ipad uols... hihihi... i belum berkesempatan memilikinye... insya Allah jika berwang lebih buleh la i tangkap 1 untuk i... hehehe... buleh tak my MIA a.k.a My Incik Abang... MIA ni di ciplak dari blog jejariruncing yang 1 ketika dulu i mmg follow story sweet couple tuh... But tiada jodoh but i tetap follow her... yes.. yes.. i like KFCM... jepunnye muke die..

Ok uols.. i nak chow chin chow... Ade 1/2 jam lagi untuk punch out... Macam biasa kemas meja yang semak samun penuh ni... Keje yang tertangguh tadi akan di sambung esok insya Allah... Keje memang sangat berlambak tapi perlu curi time sikit untuk release otak i... Semak otak bile tangok meja sangat semak... Alahai bile la beban keje nih nak kurang... hukhuk... Sila tambah gaji i tahun depan yer bos..

p/s : balik nih cam rase nak semakkan dapur... Menu ape menarik?

October 12, 2011

Perbualan Seorang Bayi Sebelum Kelahirannya...

Baca dan hayati kisah di bawah ini.... Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.



Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
~LB~

MOOD : sgt2 insaf.. Ya Allah aku mohon keampunan dan keredhaanMu...