July 11, 2012

Hebatnya kuasa CIUMAN

Bismillah... alahai etri macam sengal jer.. Mungkin ode i semakin merudum sekarang... hahaha.. ape salahnye share tentang yang lain pulak kan... asek cite bab masuk bakul angkat sendiri, anak anak, MIA dll baikla i cite hat lain jugak...

Dari pembacaan i dari Majalah Harmoni tadi boleh disimpulkan 4 perkara tentang berCIUMan ni iaitu :
1-Dapat kuatkan otot wajah
2-Menenangkan tubuh
3-Bantu anda menilai perasaan pasangan
4-Boleh membakar kalori

No. 4 ni best bagi orang yang kuat makan tak kira waktu... i tak berape kuat makan dah le ni coz kepenatan melampau jadi makan pun malas.. teruk kan i?? hish bile la nak berubah ke arah kebaikan...

Berciuman Kuatkan Otot Wajah
Saat anda ingin menjaga kesihatan tubuh, memiliki tubuh six pack serta otot yang kental, jangan pandang ringan akan latihan yang boleh dimanfaatkan dengan mulut iaitu melalui sesi berciuman. Para peneliti mengatakan kita menggunakan 30 otot saat berciuman dan ini membuatkan otot wajah lebih kuat.

Berciuman Menenangkan Tubuh
Selain itu, berciuman juga boleh meningkatkan kadar oksitosin iaitu hormon yang menenangkan tubuh dan meningkatkan endorphin, hormon yang memberikan rasa tenag. Saling bertukar liur juga dilaporkan mampu meningkatkan dopamin iaitu hormon yang memberikan perasaan romantis.

Berciuman Bantu Anda Menilai Perasaan Pasangan
Menurut satu kajian ciuman digambarkan sebagai 'alat penilai'. Kebanyakan lapisan luar otak boleh dirangsang oleh sensasi dari sekitar bibir, pipi lidah dan hidung. Sebanyak lima dari 12 saraf tengkorak kepala mengambil data dari sekitar mulut untuk merasakan perasaan sensitif. Ini termasuklah cara mengucup, mencium dan menyentuh.
Ketika mencium pasangan, anda boleh melihat, merasa dan menyelami perasaannya. Justeru, berciuman bukan sekadar ciuman. Berciuman dianggap suatu 'penilai' yang mendalam mengenai siapa pasangan anda.

Berciuman Boleh Membakar Kalori
Jika selama ini anda bersusah payah ke gimnasium untuk membakar kalori, sebenarnya sesi berkasih sayang dengan berciuman dapat membakar kalori. Hasil kajian mendapati jumlah kalori yang dibakar setiap minit adalah antara dua hingga enam kalori jika dibandingkan sesi di atas treadmill. Bayangkan bila anda melakukan sesi 'bercinta' sambil terus berciuman. Anda mungkin akan membakar setengah genggam coklat yang anda makan sebelumnya.

Hrmm.. setelah meneliti bingkisan ni, dapatla i menyimpulkan kenapa i boleh kurus kerempeng sehingga menampakkan tulang temulang disebabkan yang no. 4 tuh ..  sampaikan jeans pun tak terlondeh sebab boleh sangkut kat tulang pinggul... camne la nak gemuk... kene banyak makan dan tidak memilih makan juga makan makanan yang berkhasiat... aloh...

p/s : uols camne pulak??