September 19, 2012

Jangan Buang Kulit Epal!

Jika anda terbiasa mengupas kulit epal sebelum memakannya, hentikan kebiasaan tersebut. Ini kerana membuang kulit epal akan membuat anda kehilangan zat quercetin  yang berupaya untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit hati.

Kulit epal turut memiliki antioksidan dan bioaktiviti yang lebih tinggi daripada buah epal kerana kandungan quercetin di dalamnya. Quercetin mempunyai kandungan antioksidan sehingga lima kali ganda berbanding antioksidan yang terdapat dalam isi buah epal.

Selain itu, kulit epal juga memiliki zat untuk mencegah pembentukan tumor di usus. Justeru, memakan epal dengan kulitnya sekali lebih baik daripada tanpa kulit.

Namun, epal import lazimnya dilapisi lilin untuk melambatkan proses pembusukan. Individu disarankan untuk menghapuskan lapisan lilin itu dengan mencelup epal ke dalam air panas bagi mencairkan lapisan lilin itu. Kemudian, gosoklah buah itu sehingga bersih dan kering sebelum memakannya.

Sumber : Majalah Harmoni

p/s : Baru tau la beb!