Bsimillah....
Aku n' cemotet bersiaran di meja opis... stlh 2 bln berjimba b= de powerpuff girls... now dtg opis jap utk settlekan dokumen2 utk aku g intebiu esok... Dya n Inas terpaksa aku transit kt taska la.. hangkut sume naik opis kang jd taska lak opis nie... segan aku kt bigboss walaupun bigboss ni 2nd cousin incik somi... hehehe...
Ep02 berkisar perihal 'bleeding'...
Aku ade jmpe 1 vlog yg cite psl nie.. meh cni aku copy n paste utk korg kutip ilmu plak...
Perdarahan Semasa Hamil. Apakah anda mesti tahu?
Semasa kehamilan, kerapkali berlaku perdarahan kecil dari
vagina. Semasa trimester pertama (kurang 12 minggu) punca utamanya adalah
keguguran,kandungan ektopik dan kandungan molar/anggur. Tetapi
sebenar,ketiga-tiga ini tidaklah sekerap perdarahan berpunca dari pintu rahim
kerana infeksi.
Selepas 24 minggu( 6 bulan),sebarang perdarahan yang berlaku
di kenali sebagai Perdarahan Antepartum. Walaupun perdarahan antepartum tidak
sekerap perdarahan trimester pertama, implikasinya lebih serius kerana
perdarahan pada waktu ini mungkin banyak dan membahayakan nyawa ibu dan juga
bayi. Perkara ini perlu diberi perhatian olih ibu jika berlaku.
Apakah yang dimaksudkan perdarahan antepartum?
Ianya adalah perdarahan yang berlaku selepas 24 minggu. Perdarahan
ini kebiasaannya adalah darah merah dalam jumlah kecil hinggalah kepertumpahan
darah yang serius, Ianya bolih berlaku bersama-sama dengan kontraksi atau pun
tidak. Perdarahan yang banyak bolih menyebabkan ibu mengalami ‘shock’ yang mana
tekanan darah merudum dan denyutan nadi meningkat. Ianya akhirnya bolih membawa
kepada kematian.
Apakah punca-punca perdarahan antepartum?
1.
Tidak diketahui punca.Walaupun pelbagai
pemeriksaan dan ujian dilakukan,masih tidak pasti punca sebenar. Sebanyak 97%
perdarahan antepartum tidak diketahui,
2.
Plasenta praevia menyumbang hanya 1% sahaja
3.
Plasenta “abruption’ juga 1 %.
4.
Punca-punca lain ialah
a.
pintu rahim dijangkiti kuman
b.
pintu rahim mengalami ‘erosion’
c.
“show’ iaitu salah satu tanda bersalin
d.
Trauma kepada pintu rahim atau vagina
e.
Vasa praevia ( urat-urat darah daripada bayi
berada pada selaput ketuban dan bila air ketuban dipecahkan maka urat-urat
darah ini akan pecah bersama air ketuban. CTG akan menunjukkan jantung bayi
berada dalam kesusahan/distress dan risiko kematian bayi adalah tinggi.)
Saya hanya akan bincang mengenai dua punca iaitu plasenta
praevia dan plasenta ‘abruption’.
Apakah Plasenta Praevia?
Plasenta praevia adalah bilamana plasenta/uri berada secara
keseluruhan atau sebahagian di segmen bawah rahim. Ok, sebenar rahim semasa
hamil, bolih dibahagikan kepada dua bahagian.
1.
Segman atas adalah bahagian dimana uri akan
melekar secara semulajadi dan ianya adalah normal.Bahagian ini bahagian yang
paling aktif bekerja semasa kontraksi berlaku.Ianya penuh dengan otot-otot
rahim yang dipanggil myometrium.
2.
Segmen bawah rahim, anggaran bahagian dibawah
pundi kencing adalah segmen yang uri tidak bolih melekat disini kerana ianya
terlalu rapat dengan lubang pintu rahim. Jika uri melekat dikawasan bahaya ini
ianya dipanggil plasenta praevia. Sudah tentu anda bolih agak apa yang bolih
berlaku sekiranya bersalin berlaku.
Perdarahan semasa hamil: Placenta Praevia
Part 2: Apakah Plasenta
Praevia?
Plasenta praevia adalah bilamana plasenta/uri berada secara
keseluruhan atau sebahagian di segmen bawah rahim. Ok, sebenar rahim semasa
hamil, bolih dibahagikan kepada dua bahagian.
1.
Segman atas dimana uri akan melekat secara semulajadi dan
ianya adalah normal. Segmen atas ini adalah bahagian yang paling aktif berkontraksi
semasa bersalin.Segmen penuh dengan
otot-otot rahim yang dipanggil myometrium.
2.
Segmen
bawah rahim, secara anatomi adalah bahagianrahim yang berada dibawah pundi
kencing . Segmen bawah, uri tidak bolih melekat disini kerana ianya terlalu
rapat dengan lubang pintu rahim atau jalan keluar bayi. Jika uri melekat
dikawasan bahaya ini ianya dipanggil plasenta praevia. Sudah tentu anda bolih
agak apa yang bolih berlaku sekiranya semasa bersalin. Betul! Perdarahan.
Apakah
komplikasi-komplikasi Plasenta praevia?
Dalam banyak-banyak pembedahan, pembedahan caesarean kerana
plasenta praevia adalah satu-satunya pembedahan yang mempunyai risiko tinggi terhadap
ibu dan juga bayi. Olih kerana itu seua pembedahan caesarean untuk plasenta
praevia mesti dilakukan olih pakar di hospital yangblengkap dengan kemudahan
darah sekira berlakunya pertumpahan darah semasa pembedahan.
1.
Perdarahan
semasa hamil ,semasa dan selepas caesarean.
Perdarahan bolih jadi serius sehinggakan
tekanan darah merudum dan pesakit bolih ‘collapse’. Ini amat menakutkan jika
tiada berkalan darah di hospital. Ibu bolih meninggal dunia disebabkan tumpah
darah. Olih kerana risiko ini maka semasa hamil, ibu-ibu akan dimasukkan ke
hospital sehinggalah caesarean dilakukan. Sama ada pesakit plasenta praevia
dibenarkan duduk dirumah bergantung kepada beberapa perkara seperti jarak dari
rumah ke hospital,mempunyai kenderaan jika perdarahan berlaku, mempunyai talian
komunikasi dan ibu bersetuju dan faham risiko jika berada dirumah .
2. Plasenta ‘accreta’.
Ini satu lagi komplikasi plasenta praevia
yang merbahaya. Plasenta ‘accreta’ adalah dimana akar-akar uri tertanam jauh
kedalam lapisan myometrium/otot-otot. Akibatnya ialah uri tidak bolih
dikeluarkan selepas bayi dialhirkan. Anda dapat bayangkan pertumpahan darah
yang bolih berlaku ketika itu. Jalan yang paling drastic kami ambil untuk nyawa
itu adalah pembedahan histerektomi/pembuangan rahim secara kecemasan.
3. Kedudukan bayi tidak betuk seperti songsang
atau melintang
Jika kedudukan bayi tidak betul seperti
songsang atau melintang maka semasa pembedahan,untuk mengeluarkan bayi agak
sukar. Beberapa manipulasi perlu dilakukan dan bolih mencederakan bayi.
Apakah
tanda-tanda plasenta praevia?
1.Tiada
tanda atau simtom
Pada zaman sekarang olih kerana penggunaan
secara meluas ultrasound, maka majority plasenta praevia diketahui sebelum
perdarahan berlaku.Ini kelebihan ujian ultrasound jika dapat dilakukan kepada
semua ibu-ibu hamil. Kita dapat mengetahuinya lebih awal dan kaunseling dapat
diberikan.
2.Perdarahan
Perdarahan plasenta praevia selaunya
berlaku bila sedang berihat dirumah. Episod pertama perdarahan selalunya
sedikit dan ibu tidak mengalami kontraksi yang kuat. Bila segmen bawah rahim
terbentuk semasa
kehamilan,kontraksi-kontraksi kecil bolih mengoyakkan uri dari dinding rahim.
Ini menyebabkan perdarahan.
3.Kedudukan
bayi tidak betul seperti songsang atau melintang.
4.Kepala
bayi tidak ‘engaged’/tidak masuk
Bagaimana
diagnosis plasenta praevia di buat?
Menggunakan ultrasound. Melalui ultrasound
kami menggredkan plasenta kepada 2 gred utama iaitu :
·
Major –gred 3 dan 4
·
Minor-gred 1 dan 2
Greding plasenta ini hanya
penting dari akademik sahaja dan tidak pada praktikaliti. Gred 3 dan 4 bermakna
plasenta menutupi pintu rahim dan sementara
1 dan 2 pula ,plasenta berada di segmen bawah rahim atau di tepi lubang pintu
rahim.
Rawatan plasenta praevia
Setiap
rawatan plasenta praevia adalah khusus untuk ibu tersebut. Banyak perkara-perkara
yang lain perlu dipertimbangakan sebelum keputusan dibuat.
·
Berapa banyak darah yang tumpah.
Pertumpahan darah yang terlalu banyak sehingga bolih membahayakan nyawa
ibu,caesarean akan dilakukan dengan segera tanpa mengira kematangan bayi. Nyawa
ibu adalah nombor 1 perlu diselamatkan.
Pertumpahan yang sedikit dan kemudian berhenti, rawatan secara
konservatif diberikan. Ianya bermakna ‘Tunggu dan lihat’ sehinggalah bayi
mencapai tahap kematangan yang sesuai untuk dikeluarkan. Kalau bolih mahu bayi
mencapai 36 minggu.
·
Suntikan steroid jika bayi dibawah 36 minggu.
·
Dimasukkan kehospital sampai di bersalinkan
dengan cara caesarean.
·
Kalau ibu Rhesus Negatif, suntikan anti-D
diberikan.
Disini anda dapat fahami betapa seriusnya kami menjaga
ibu-ibu yang mengalami plasenta praevia kerana risiko perdarahan amat tinggi. Olih
itu rawatan dihospital besar berkemudahan seperti tabung darah adalah amat
penting.
Perdarahan semasa hamil: Placental abruption
Ok, kita sambung lagi bahagian yang terakhir mengenai perdarahan
berlaku semasa kehamilan. Dulu saya telah huraikan mengenai plasenta praevia
tentang risiko-risiko dan mesalah pertumpahan darah yang serius. Topik kali ini
pun mengenai ‘placenta abruption’ pun mempunyai risiko-risiko yang sama tetapi
ianya lebih sedikit kepada bayi yang dikandung.
Plasenta ‘abruption’
Kalau ‘praevia’ bermakna ‘di bawah’, ‘abruptio’ pula
bermakna ‘terpisah’,’tercabut’. Keadaan in amat jarang sekali berlaku dan lebih
terpencil dari plasenta praevia. Jadi tidak hairanlah kalau anda semua tidak tahu
mengenainya. ‘Abruptio” adalah merupakan kes kecemasan dalam obstetric dan
tindakan segera perlu diambil untuk keselamatan ibu dan bayi yanag dikandung.
Apakah plasenta abruption?
Jika plasenta praevia,perdarahan berlaku kerana kedudukan
uri ditempat yang salah iaitu di segmen bawah rahim, ‘abruptio’ pula bukan
kerana kedudukan uri tetapi kerana uri terpisah/separation dari dinding rahim.
Maknanya kedudukan uri adalah ditempat yang betul. Perdarahan yang berlaku
bolih berada dibelakanguri,masuk kedalam rongga rahim atau keluar melalui pintu
rahim.
Jadi plasenta ‘abruptio’ bolih di bahagikan kepada dua
jenis:
1.
Perdarahan yang dapat di lihat/revealed kira-kira
80%
2.
Perdarahan yang tidak dapat di lihat/concealed
kira-kira 20%.
Cara presentation plasenta abruotion(PA) pun berlainan
sedikit dari presentation plasenta praevia(PP):
·
PA datang dengan sakit dibahagian perut yang
amat sangat bila berlaku perdarahan sementara PP perdarahan berlaku tanpa
sakit.( Nota: 20% PA tiada perdarahan.)
Majoriti akan complain sakit yang datang dengan
tiba-tiba,kuat dan ‘constant’.
·
Rahim keras dan sakit bial diperiksa dan
selalunya terdapat aktiviti kontraksi.Sementara PP,rahim lembut dan tiada
kontraksi bila diperiksa.
·
50% PA datang macam bersalin tetapi PP tidak.
·
PA,ibu bolih datang dalam keadaan ‘shock’ kerana
perdarahan yang banyak. Walaupun tiada perdarahan,ibu masih bolih mendapat ‘shock’.
Tekanan darah turun dan ibu mungkin tidak sedarkan diri. PP adalah sebaliknya.
Jarang sekali PP pertumpahan darah dengan banyaknya berlaku semasa hamil.
·
PA, kemungkinan besar CTG menunjukkan anak lemas
atau meninggal dunia berbanding dengan PP.
Olih kerana kes-kes PA kebanyakkan berisiko tinggi kepada
ibu dan juga bayi,mereka memerlukan pembedahan caesarean sebagai alternative terbaik.
Kesimpulannya sebarang perdarahan yang berlaku semasa
kehamilan di trimester 2 dan 3 ,perlu mendapat rawatan di hospital . Terdapat
dua masalah utama iaitu plasenta praevia dan plasenta abruption yang kedua-dua
mempunyai risiko-risiko masing-masing.
Nasib la time skolah dlu aku xde minat lgsg nk jd doktor... perit rupenye... tp bile dh jd kt dri sndri mule la mencari google sane sini nk tau ape yg dh jadi kt aku n baby Tihani... rasain lo!
Kes kami adelah dlm 97% tuh... xtau ape punce...
p/s: cont next ep yer...