February 06, 2014

Khasiat Buah Tiin


Salam semua...

Sangat bersemangat sy mencari info ke'khasiat'an buah tiin... so anda semua bleh la menambah ilmu di dada!

Antara khasiatnya :-

1/  Mengandungi kalium, Omega 3 dan Omega 6 membantu untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan jantung koroner.

2/ Kaya serat makanan dan sangat efekti untuk program penurunan berat badan (Obesiti).

3/ Daunnya memiliki sifat penyembuhan. Rebusan daunnya dapat membantu pesakit diabetes mengurangi jumlah asupan insulin.

4/ Membantu mengurangkan risiko kanser payudaya dengan mengamalkan makan secara rutin harian.

5/ Kandungan Coumarin dapat mengurangi risiko kanser prostate.

6/ Kandungan Tryptophan menyenyakkan tidur yang baik dan membantu menyingkirkan gangguan tidur seperti isomnia.

7/ Mengurangkan lelah, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia.

8/ Kandungan Pektin (serat larut) membantu mengurangkan kolestrol dalam darah.

9/ Dapat menyembuhkan radang seperti abses dan bisul dengan melekatkan buah tiin yang dipanggang pada kulit.

10/ Bertindak sebagai pembersih kulit yang sangat baik juga membantu mencegah dan menyembuhkan jerawat kerana kadar kandungan air yg tinggi dalam buah tiin.

11/ Kaya dengan kalsium - sangat baik untuk terapi pada orang yang alergi terhadap produk susu.

12/ Kaya dengan Phetol dan Benzaldehid sebagai Zat Anti Tumor serta dapat membunur Micro-organisme Pathogen, Jamur dan Virus dalam badan manusia.

Di dalam Kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulama' di bumi Syam as Syarif mentafsir surah at Tiin. Di dalam kitab tersebut penulis ada menyatakan bahawa buah tiin mempunyai 1001 rahsia penyembuhan.

Antara penyakit yang boleh diiktiraf penyembuhannya melalui pengambilan buah tiin secara konsisten 2x sehari paling kurang selama 40 hari adalah :-

1.  Membersih buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak.

2.  Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.

3.  Memecahkan batu karang di dalam badan.

4.  Menyegarkan badan yang lesu.

5.  Mengurangkan toksin dan racun dalam badan.

6.  Rawatan buasir.

7.  Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dan lain-lain.

8.  Rawatan penyakit Gout.

Sekian... sy copy dr blog mira mawary... insya Allah dapat manfaat bersama...