February 12, 2014

Khasiat Buah Zaitun

Salam Muhibbah.... hr ni nk share pasal minyak zaitun.... pengisian yg panjang tp demi utk share ilmu sy asah skill trengkas yg x seberapa ni utk cite pasal minyak zaitun...



1/ Firman Allah Taala :

"Demi buah tiin dan buah zaitun"..... (surat at-Tiin ayat 1)

2/ Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam al-Quran surah an-Nur ayat 35 :

.... yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...

Al Hadith :

1/ Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Minyak zaitun untuk tujuan perubatan :-

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi memastikan kadar asid yang rendah.

Hanya minyak zaitun tulen yang mempunyai serangan terhadap penyakit.

Minyak ini dikenali di pasaran sebagai 'Virgin Olive Oil' iaitu minyak zaitun dara atau ekstrak pertama.

Minyak zaitun yang terbaik di dunia adalah minyak zaitun Syam as Syarif.

Menurut tafsiran Imam Hasan al Basri RA di dalam Surah at Tiin :-

   *  Tin bermaksud sebuah bukit yang terletak berdekatan kota Damascus, Jabal Qasiyoun.
   *  Zaitun bermaksud sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis.

Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam.

Kegunaan Minyak Zaitun (sesetengahnya adalah anjuran Sheikh Nazim al Haqqani) : -

1/ Awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah - disapu ke wajah sebelum tidur.

2/ Mengubati masalah kulit muka berjerawat, parut dan melecur - disapu pada jerawat dan parut.

3/ Sakit lutut, athritis dan sakit sendi - diletakkan di kapas lalu dibalut pada mana-mana anggota atau sendi yang sengal sebelum tidur.

4/ Leukimia - Dibaca ruqyah saratan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama paling kurang 40 hari.

5/ Kanser - Dibaca ruqyah saratan dan sentiasa di sapu pada anggota yang kena kanser. Contohnya kanser otak: kepala, kanser payudara: buah dada.

6/ Gastrik, masalah penghadaman, usus, sakit perut, cacing dan angin - Dibaca ayat syifa' dan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa.

7/ Gangguan jin, sihir, saka dan santau - Zaitun ruqyah disapu di anggota sujud / anggota wuduk / tempat sakit / sendi-sendi utama.

8/ Dengan campuran sedikit garam boleh menjadi ubat mujarab sakit gigi dan gusi.

9/ Anti semua penyakit kanser, sakit jantung dan 1001 penyakit - digunakan sebagai minyak masak utama (tengok channel 703 astro AFC-semua minyak zaitun!)

10/ Minyak URUT - Elok dicampur dengan ma'warad atau air mawar.

11/ Melebatkan rambut - Tahukah anda minyak rambut utama Nabi SAW adalah minyak zaitun. Antara sifat nabi adalah rambutnya sentiasa berminyak (dengan minyak zaitun!) - dapat 1 pahala sunnah (Insya Allah).

12/ Tenaga batin yang power. Opssss... kata tuan punye blog yg sy copy... wallahualam...


Cara Memakan Minyak Zaitun

1/ Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu 2x sehari (pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur).

2/ Campurkan 2 sudu makan ke dalam setiap masakan, masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolestrol tinggi (kambing, lembu, kerbau,udang) insya Allah kesemua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.



Okey tak ilmu hari ni... Untuk lebih memuaskan hati boleh search kt blog2 lain yg lebih terperinci hujahannya supaya lebih jelas.. Sy cuba untuk share khasiatnya insya Allah dalam entri akan datang...

p/s : dah kul 1... quality time for my little baby bambam... lunch n solat Zuhur...