Showing posts with label Andaiku Tahu. Show all posts
Showing posts with label Andaiku Tahu. Show all posts

July 04, 2013

43 Perkara Untuk Direnungkan

Berikut ini ada 43 Perkara yang boleh kita sama-sama renungkan. Mana yang boleh diamalkan, kita amalkan. Semoga ada manfaat.


43 Perkara Untuk Direnungkan

1. Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.


2. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

3. Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung.

4. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang
    berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

5. Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

6. Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.


7. Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam
    kesederhanaan.

8. Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

9. Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.

10. Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

11. Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.

12. Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

13. Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

14. Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.

15. Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.


16. Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.

17. Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.

18. Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

19. Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.

20. Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.

21. Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.

22. Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.

23. Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.

24. Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

25. Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

26. Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.

27. Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

28. Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh
     biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

29. Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang 
      baik.

30. Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.

31. Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.

32. Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.

33. Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.

34. Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.

35. Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

36. Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

37. Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.

38. Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada
     itu.

39. Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.

40. Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran
     orang lain.

41. Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.


42. Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

43. Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.

Fikir-fikirkan! Renung-renungkan! Dan Selamat Beramal

ENAM Topi Berfikir

six-thinking-hats-mind-map-Large.jpg



 
Berfikir secara selari -menggunakan teknik ~Enam Topi Berfikir Edward de Bono

Selalu berfikir secara serentak, terlalu banyak yang masuk dalam otak.

Tetapi dengan kaedah pemikiran selari 'paralel thinking' kita melakukan satu cara berfikir sahaja. Kaedah ini digunakan oleh jurutera pereka TV warna. Dalam TV ada tiga tiub, tiap-tiap satu tiub mengeluarkan warna-warna yang berlainan. Tapi pada skrin TV tiap-tiap warna bergabung dan menghasilkan warna-warna yang penuh. Dalam proses percetakan gambar, proses yang serupa juga digunakan. Kaedah enam topi berfikir pun begitu.

Topi-topi berfikir yang diciptakan ialah:

Hijau: Pemikiran kreatif

Hijau otak yang subur dengan idea- gunakan topi apabila berfikir. Sewaktu pakai topi ini jangan peduli sama ada idea itu betul atau salah. Lebih banyak lebih bagus. Idea gila gila pun tak apa. Pakai topi ini waktu mula-mula berfikir. Situasi sesuai apabila hendak menyelesaikan masalah.

Topi hijau pula mewakili kreativiti. Ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihat sesuatu perkara dari perspektif yang baru dan juga mengeluarkan idea-idea yang kreatif dalam kaedah penyelesaian masalah.Topi hijau membantu kita untuk bergerak kehadapan dengan menjanakan idea-idea alternatif yang lebih baik berbanding idea asal. Ia juga digunakan untuk menyelesaikan atau memperbaiki masalah yang dilihat melalui topi hitam.

 
Kuning 

Lambang pemikiran konstruktif atau membina. Kuning lambang hari cerah. Digunakan untuk mencari faedah dan manafaat daripada apa-apa idea yang diterbitkan oleh topi hijau. Bagi topi kuning semua idea boleh diperbaiki. Tidak ada yang mustahil. Semuanya boleh belaka. Idea yang comot sekalipun boleh digilap. Situasi yang paling baik untuk memakai topi ini ialah apabila mendengar idea-idea yang banyak kelemahan.

Putih
Lambang pemikiran objektif. Tujuan untuk mencari maklumat semata-mata. Berapa? Siapa? Di mana? Bila? bagaimana? Tidak emosi. Tidak prejudis. Tidak timbul soal suka atau tidak suka. Gunakan Topi ini sebelum membuat keputusan memilih mana-mana alternatif. Topi ini akan memastikan keputusan yang diambil adalah berdasarkan maklumat yang betul

Topi putih digunakan untuk mengumpul secara objektif segala maklumat yang berkaitan dengan apa yang sedang kita amati. Setiap pengguna topi putih tidak seharusnya memberi sebarang penilaian atau pendapat terhadap sesuatu maklumat.

Pendapat sendiri tidak akan dibenarkan sama sekali untuk dimasukkan sebagai maklumat yang hendak dikumpul atau menguatkan sesuatu pendapat. Hal ini amat bertentangan dengan pemikiran tradisional yang mana lebih cenderung kepada membuat keputusan terlebih dahulu dan hanya selepas itu sahaja barulah membuat jangkaan fakta-fakta untuk menyokong keputusan berkenaan.

Topi putih seringkali digunakan pada permulaan perbincangan untuk mencorakkan latar belakang sesuatu masalah. Ia juga boleh digunakan sekali lagi pada akhir perbincangan bagi memastikan sesuatu cadangan atau keputusan yang telah dibuat itu adalah berdasar kepada maklumat yang telah dikumpulkan.


Hitam

Lambang pemikiran yang kritikal dan negatif. Hitam lambang malam yang gelap. Segalanya tiada harapan. Apabila memakai topi ini cari semua yang salah, yang silap, yang sukar, yang berisiko dan berbahaya. Topi ini sesuai digunakan untuk menghasilkan pelan kecemasan. Situasi ini sesuai memakai topi, sebelum membuat sebaraang tindakan. Fikirkan apa yang buruk dan yang baik.

Topi hitam digunakan untuk menganalisis idea atau meneliti sesuatu cadangan secara logikal dari aspek undang-undang, keselamatan dan lain-lain agar kita lebih berhati-hati sebelum menerima sesuatu keputusan atau cadangan. Dalam erti kata lain kita melihat sesuatu keputusan itu dari sudut negatif. Negatif di sini bermaksud berhati-hati atau melindungi kepentingan sendiri. Ini penting kerana ia dapat menonjolkan kelemahan sesuatu keputusan yang akan diambil. Ia juga membenarkan kita untuk menyingkir, mengubah dan menyediakan pelan kecemasan untuk mengatasi sebarang kemungkinan.

Topi hitam juga dapat membantu kita menjadikan perancangan yang dibuat itu lebih kukuh dan fleksibel. Ia juga membantu kita dalam menjangkakan risiko-risiko yang mungkin berlaku sebelum membuat sebarang keputusan.

Merah
Topi Merah Lambang pemikiran emotif dan nilai. Warna merah lambang ghairah dan nafsu. Topi ini membenarkan kita mengambil kira emosi semasa berfikir. Situasi yang sesuai memakai selepas mengambil semua fakta yang ada.

Menggunakan topi merah kita akan melihat sesuatu masalah itu dengan menggunakan emosi atau intuisi sama ada secara positif atau negatif tanpa perlu menjelaskan sebabnya dan bukan digunakan untuk mengubah sesuatu perkara atau idea yang telah dibuat. Ia juga cuba untuk memahami macam mana orang lain akan bertindak dengan emosi.

 
Biru
Topi Biru Lambang langit. Topi diatas sekali. Mengawasi topi-topi lain bekerja. Topi biru mewakili kawalan proses berfikir secara keseluruhannya ataupun dalam bahasa yang lebih mudah ia digunakan untuk mengawal kegunaan topi berfikir yang lain. Kebiasaannya, ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbincangan.

Ia boleh digunakan pada awal perbincangan untuk menjelaskan perkara yang akan dibincangkan, menjelaskan tujuan sesuatu perbincangan dan merancang corak pemikiran yang akan digunakan dalam perbincangan tersebut. Pemikir yang memakai topi biru boleh bersuara semasa perbincangan sedang berlangsung untuk mengawal perbincangan agar tidak kelam kabut dan pengunaan topi lain adalah mengikut peraturan.


"Thinking is the ultimate human resource. Yet we can never be satisfied with our most important skill. No matter how good we became, we should always want to be better."

"What I am putting forward in this book is a very simple concept which allows a thinker to do one thing at a time. He or she becomes able to separate emotion from logic, creativity from information, and so on."

"The six thinking hats allow us to conduct our thinking as a conductor might lead an orchestra." 


"Six Thinking Hats" by Edward de Bono

Yang manakah warna topi berfikir pilihan anda? Semoga ia dapat membantu kita dalam membuat keputusan atau mengendalikan sesuatu perbualan dan perbincangan apabila menggunakan kaedah 6 topi berfikir ini :) Sesuatu yang menarik untuk difikirkan bukan?