February 20, 2013

Hukum Panggilan Ibu @ Ayah untuk Suami Isteri

Bismillah...

Entri wujud slps sorg rakan ofis yg agak senior mengatakan 'haram' panggil isteri/suami dgn panggilan ibu/ayah... aku pn mcm rase x puas bile xde penjelasan lanjut.. Jadinye aku terbuak2 dlm jiwa raga nk google info pasal perkara nie... dh masuk 6 thn kawen br dgr hat nie.. so blogwalking pn bermula...

2-3 blog termasuk blog keagamaan aku terjah.. jadinye.. terjawab suda!!! aku copy past dlm blog aku.. tq yer kpd yg tukang share...

'Apakah boleh memanggil isteri dengan sebutan “mama” oleh suami atau sebaliknya isteri memanggil suami dengan sebutan “papa” atau yang berkaitan dengannya?'

Memanggil istri dengan sebutan “mama” atau suami dengan sebutan “papa”, pada prinsipnya dibolehkan oleh syara' (agama Islam), karena ucapan tersebut sudah menjadi ‘urf (kebiasaan) dalam masyarakat dan tidak ada konotasi/hubungan dengan hukum zhihar yang disebutkan dalam al­Qur'an surat al­Ahzab ayat 4 yang bererti :

Allah sekali­kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya; dan dia tidak menjadikan isteri­ isterimu yang kamu zhihar* itu sebagai ibumu, dan dia tidak menjadikan anak­anak angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri). Yang demikian itu hanyalah perkataanmu dimulutmu saja, dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan dia menunjukkan jalan (yang benar).

* Zhihar ialah perkataan seorang suami kepada istrinya: punggungmu haram bagiku seperti punggung ibuku atau perkataan lain yang sama maksudnya. adalah menjadi adat kebiasaan bagi orang Arab Jahiliyah, bahwa bila dia berkata demikian kepada istrinya maka istrinya itu haram baginya untuk selama­lamanya. Tetapi2 setelah Islam datang, maka yang haram untuk selama­lamanya itu dihapuskan dan istri­istri itu kembali halal baginya dengan membayar kaffarat (denda).

Kalau zhihar memang mengakibatkan suami tidak boleh bersenggama dengan isteri sebelum membayar tebusan atau kafaratnya seperti yang ditetapkan oleh agama. Bahkan sebutan “mama” atau “papa” disamping sebagai ‘urf yang baik (shahih) bukan ‘urf yang rosak (fasid), juga mengandung nilai pendidikan kepada putra ­putrinya, supaya mereka menyebut ibu atau ayahnya dengan sebutan yang baik itu, dan jangan memakai istilah atau sebutan yang tidak baik.

Ni lagi satu info yg lebih ringkas juga jelas... Klu nk tahu dr sumber yg sahih tanye ustaz... hihi

Soalan:
Apakah hukum suami isteri menggunakan nama panggilan mama dan papa dalam perbualan seharian. Adakah ini termasuk dalam zihar atau lain-lain yang dilarang oleh agama?

Jawapan:
Panggilan yang baik dalam hubungan interpersonal adalah suatu yang amat dituntut bagi mewujudkan adab hubungan yang mesra dan hormat. Islam tidak menetapkan sebarang panggilan yang khusus antara suami isteri asalkan ia dapat menjaga kredibiliti dan hubungan kedua-dua belah pihak. Panggilan nama penuh, nama timangan, gelaran yang baik, panggilan kasih hatta panggilan fungsi seperti mama atau papa tidak menjadi halangan selagi mana ia dapat menjaga nilai hormat dan kasih sayang suami isteri. Tidak menjadi zihar menggunakan panggilan seperti itu kerana asasnya ia bertujuan untuk memuji serta menghargai dan bukan sebaliknya. Nama-nama berhala, syaitan, neraka atau haiwan tidak boleh digunakan sebagai nama panggilan kerana ia bukan setakat gelaran yang tidak baik tetapi juga tiada nilai adab dan kasih sayang. Malah ia merupakan laknat atau doa keburukan bagi mereka yang dipanggil dengan nama tersebut.
Maka dgn ini, terjawab suda!! Kat umah mmg diakui membahasa atau dipanggil 'ibu' oleh sang suami.. Bermula utk mendidik anak2 memanggil aku n incik somi dgn panggilan 'ibu' dan ayah'... Time Dya kecik dlu mmg la Dya mengikut aku panggil ayahnye 'Abang' iaitu panggilan mesra isteri kpd suami terchenta... so bermula dr itu kami tukar kps 'ibu' dan 'ayah'.. Tujuan utk mendidik... so dgn copy past yg aku buat nie harap dapat memberi info kpd rakan2 yg lain pulak.... Lagi 1 now kire proses mendidik Dya n Inas dgn panggilan 'ibu' n 'ayah' derg dh master... Jadi dah terbiasa bbrp thn dgn panggilan itu aku pn rase mcm xde timbul ape2 isu psl panggilan cenggini... As long as niat sang suami itu, maka xde la jd 'haram' ye x? 

Nti aku soh incik somi cari info dgn ustaz dlm kuliah Zohor kt surau ofis die tghari nti.. In shaa Allah aku share dgn korg lg next entri...

p/s : Kalau jahil wajib menuntut ilmu... Kalau musykil wajib bertanya pada yang tahu... Wallahhualam...