July 04, 2013

Andainya LELAKI Tahu...



Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak 
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, 
itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus 
tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak 
mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat 
mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, 
mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada 
seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah 
bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya 
dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, 
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu 
menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, 
bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih 
menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 
dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan 
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik 
untuk anda.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. 
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi 
cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, 
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai 
sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui 
bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar 
maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, 
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu 
melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. 
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia 
dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi 
yang lebihbaik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud 
untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar 
dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena 
caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia 
tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan 
fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari 
anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar 
untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling 
menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu 
dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, 
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan 
oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan 
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun 
zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa 
menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah 
kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia 
didatangkan bukandengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk 
menyokong anda dan membuatkanhidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal 
menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.