Firman Allah yang bermaksud
: “Wahai manusia,kenangkanlah
nikmat Allah yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu, tidak
ada sama sekali yang menjadikan sesuatu selain Allah, Dia
memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada
Tuhan melainkan Dia, justeru, mengapakah kamu rela dipalingkan
(dari menyembah-Nya)”
nikmat Allah yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu, tidak
ada sama sekali yang menjadikan sesuatu selain Allah, Dia
memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada
Tuhan melainkan Dia, justeru, mengapakah kamu rela dipalingkan
(dari menyembah-Nya)”
Surah Fathir(
35): 3
Huraian
Melalui ayat ini, kita
diajak berfikir untuk mengenang nikmat Allah yang banyak yang dikurniakan kepada kita dan telah kita kecapi.
Nikmat berupa rezeki sama ada dari langit dan bumi merupakan
gambaran bagi kita,betapa besar kurniaan Ilahi kepada manusia.
Sama ada kita sedar atau tidak kehidupan kita tidak hanya terikat
dengan rezeki berupa wang dan makanan. Bahkan kehidupan kita
dilimpahi dengan pelbagai nikmat berupa hidayah, tempat tinggal,
pakaian,kenderaan, keamanan, kesihatan, anak pinak dan sebagainya.
Semua itu merupakan nikmat dan rezeki bagi kita dalam meneruskan
kehidupan di dunia ini. Semuanya merupakan nikmat yang tidak
ternilai bagi kita. Oleh itu, kita seharusnya sentiasa bersyukur
dengan memperbanyakkan amal yang mengingatkan kita kepada-Nya
serta kekal berusaha memperoleh keredhaan-Nya dalam apa jua
pekerjaan yang kita lakukan. Jangan kita menjadi orang yang berpaling
dari menyembah-Nya kerana ia menyalahi tujuan kita dijadikan oleh
Allah. Allah menjadikan kita dengan tujuan untuk kita beribadah
kepada-Nya untuk memastikan hidup kita sejahtera di dunia dan
selamat di akhirat.