July 05, 2013

Kelebihan SOLAT SUBUH Berjemaah

Hadith Riwayat: Muslim 
 
Hadith: 
Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang 
bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan 
(keamanan dan perjanjian (Allah denan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu 
kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan 
solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu 
jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah 
menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”. 

Huraian Hadith: 
1.      Orang Islam disuruh menunaikan solat 5 waktu berjemaah kerana terdapat 
fadhilat-fadhilat yang khusus lagi banyak. 

2.      Orang yang menunaikan solat 5 waktu khususnya solat subuh maka dia tetap 
berada dalam jaminan keamanan, keselamatan dan kejayaan oleh  Allah sepanjang 
hari. 

3.       Sesiapa yang tidak menunaikan solat subuh nescaya Allah akan menuntut 
jaminan daripadanya dan dia akan diazab oleh Allah SWT (dicampakkan ke dalam api 
neraka jahannam). 

4.       Dikhususkan (ditentukan) solat subuh dengan kelebihan ini kerana solat subuh 
lebih berat daripada solat-solat lain disebabkan waktu subuh adalah waktu yang paling 
nyenyak tidur ditambah dengan cuaca yang sejuk lebih menyukar untuk berwudhuk.   
Bagi orang yang bekerja pula subuh adalah masa kritikal membuat persiapan untuk 
keluar bekerja dan menguruskan anak sekolah. 

5.       Dengan meninggalkan solat subuh maka akan terbatallah jaminan yang 
dijanjikan Allah kepada hamba berkenaan.