July 09, 2013

Jadual Harian Seorang MUSLIM di Bulan Ramadhan

-->
 4.00 pagi - Bangun

Berdoa kepad ALLAH dengan doa :

Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan 
aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan 
sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil 
wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi - Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. 
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua 
selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah 
tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat Sunat Tahajjud

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. 
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas 
Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa 
kepada ALLAH.

Solat Sunat Hajat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. 
Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali. Selepas Al-Fatihah 
rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali 
dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat Sunat Witir

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. 
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa 
kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, 
merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan 
kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi - Makan Sahur

Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi - Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau 
berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. 
Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit 
matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada 
ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada 
Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan istigfar/meminta 
ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab.
Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang 
di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha

Ia adalah sumber rezeki yg berkat kalau istiqamah diamalkan.

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. 
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. 
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara 
yang sia-sia.

Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, 
bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim 
mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.

12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.

Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. 
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukur setelah selesai 
sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg 
memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud 
syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai  berterima kasih 
kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur.

Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada 
dlm diri kita !!!

6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda 
Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya 
lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita
diterima. Apabila masuk watu Magrib, Bacalah doa dan berbuka : Wahai Tuhan,
kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan 
rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan manis seperti 
buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, 
setelah itu barulah makan makanan berat.



8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.

Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana
fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya
baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain
menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali
sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali
dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

11.00 mlm - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok 
untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana 
ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah 
mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Jadual harian seorang muslim di bulan ramadhan

p/s: Ingatan tulus ikhlas... aku pn seeh jugak nk ikut jadul ni... kite cube ye!