July 05, 2013

Gesaan DOA SELEPAS SOLAT

Daripada Mu’az bin Jabal r.a, beliau berkata :  Pada suatu hari, 
Rasulullah s.a.w memegang tanganku, Lalu baginda bersabda : 
“Wahai Mu’az! Demi Allah, sesungguhnya aku mengasihi engkau”. 
Mu’az berkata : “Aku sanggup menebus diri engkau  dengan ayah dan 
ibuku wahai Rasulullah; dan demi Allah, aku juga mengasihi engkau.”  
Maka Rasulullah s.a.w berkata : “Aku berwasiat kepada kamu 
janganlah kamu meninggalkan pada setiap kali selesai solat untuk 
mengatakan:  Allahumma a’inni ‘ala zikrika wa syukrika wahusni 
‘ibadatika (Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur 
kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu”.

Huraian

Hadith ini mengandungi pesanan Rasulullah s.a.w kepada sahabat 
baginda sebagai tanda kasihnya baginda.  Pesanan tersebut berupa 
doa yang perlu diamalkan oleh kita semua setiap kali usai solat 
fardhu sebagai mengambil syafaat daripada Nabi s.a.w. . Ia berupa 
doa yang dipohon sebagai tanda pergantungan kita kepada Allah.  
Ini menggambarkan betapa kita hamba yang terlalu lemah, buktinya 
wasiat Nabi ini, untuk mengingati Allah sekalipun kita perlu meminta 
bantuan-Nya agar kita hambayang sentiasa ingat, bersyukur 
seterusnya melahirkan ibadat (segala perbuatan dan pekerjaan) yang 
dilaksanakan berkualiti dan ikhlas kepada-Nya. Insya Allah semoga 
kita diberikan kekuatan untuk turut mengamalkan mutiara yang 
berharga ini.