July 05, 2013

Hormatilah IBU Sekalipun Berlainan Agama

Hadith :

Dari Asma’ binti Abu Bakar r.a katanya:”Ketika terjadi genjatan 
senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik 
datang kepadaku. Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan 
berkata:”Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. 
Bolehkah aku menemuinya?”Jawab Rasulullah SAW,”Ya boleh! 
Berjumpalah dengan ibumu.”
 
(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian :

1.       Di dalam Islam SUAMI dan IBU diberikan tugas memikul 

tanggungjawab dan kuasa yang besar. Suami ke atas isteri dan 
juga ibu ke atas anak-anak. Seseorang itu akan dimurkai Allah 
sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.

2.       Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Syurga 
itu di bawah tapak kaki ibu". Oleh itu anak-anak harus menumpahkan 
kasih sayang kepada orang tua mereka sekalipun mereka kafir dan 
ingkar terhadap Allah. Hal ini disebabkan ibu bapa adalah berhak 
mendapat penghormatan daripada anak-anak.

3.       Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka samada yang 
beragama Islam atau bukan Islam dalam urusan hidup yang tidak 
bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras anak-anak 
mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar tetapi 
haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.

Marilah bersama kita mengamalkan hadis ini dengan harapan 
semua makhluk yang bergelar Insan (terutamanya Ibu yang melahirkan) 
dapat merasakan kebahagian hidup selama mana ianya masih berada 
di atas muka bumi Allah.

Wallahu'alam