July 19, 2013

Puisi DAYANA untuk suami; ASYRAF MUSLIM

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…


p/s:  Naluri wanita aku yg x brp nk feminin ni pn tersyahdu bace puisi sang isteri yang dicurangi sang suami yg puitis nie... Alasan yg kuat adlh jodoh ketentuan Allah... ade benarnye... kite sememangnya org luar tidak tahu cerite sebetulnya ttg pasangan ini.... doalah yg terbaik buat mrk.. buat sang isteri, bertabahlah... muhasabah diri... mgkin kite x perasan ade perkara2 yg dilakukan buat sang suami terguris hati... buat sang suami, jika ade sesuatu yg tak sependapat atau ape2 yg buat hubungan suami isteri tidak indah atau seceria selalu, berterus teranglah agar sama2 boleh perbaiki kekurangan diri masing2...